fbpx

EPL: Onana bakal beri banyak masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA sah menyertai United dan sudah menyertai sesi pramusim pasukan itu di Amerika Syarikat. - FB MANCHESTER UNITED

LONDON – Penjaga gol baharu Manchester United, Andre Onana dijangka berdepan kesukaran untuk mencapai jangkaan yang diletakkan oleh banyak pihak terhadap kemampuannya selepas melengkapkan perpindahan dari Inter Milan.

Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad kendalian Erik Ten Hag dengan nilai £47 juta (RM275.62 juta) untuk menggantikan David De Gea yang sudah berakhir kontraknya di Old Trafford.

Ketika De Gea berdepan kritikan hebat ekoran beberapa aksi mengecewakan dan kesilapan mudah yang dilakukan, pengkritik bola sepak Liga Perdana Inggeris, Richard Keys percaya bahawa Onana lebih memberikan risiko buat United.

“Saya dapat merasai perasaan yang menakutkan bahawa Onana yang menyebabkan United kehilangan lebih banyak mata berbanding apa yang dilakukan oleh De Gea. Ini adalah amaran besar buat Ten Hag,” katanya menerusi laman sosial Twitter.

Onana mempunyai hubungan yang baik bersama Ten Hag ketika kedua-dua mereka pernah bekerjasama di Ajax dan pengurus United itu percaya bahawa pemain Cameroon itu adalah jawapan kepada masalah di bahagian gawang pasukannya itu.

Kekuatan dan kebolehan menggunakan kaki serta merancang serangan daripada bahagian bawah menyebabkan Onana menjadi pilihan kerana kelebihan tersebut tidak dimiliki De Gea sepanjang dia beraksi bersama The Red Devils.

Sementara itu, De Gea dilaporkan telah menolak potensi untuk menyertai Inter Milan menggantikan Onana kerana tidak bersetuju dengan tawaran gaji yang diberikan dan dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI