fbpx

[VIDEO] Tujuh terselamat nahas helikopter di Subang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan helikopter terhempas di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

PUTRAJAYA – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden kemalangan sebuah helikopter jenis Leonardo S.p.A AW189 nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Norazman Mahmud berkata, helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan.

Katanya, menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada pukul 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden tersebut.

“Terdapat tujuh orang penumpang termasuk juruterbang dalam helikopter tersebut dan kesemuanya dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut, namun punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

“Punca bagaimana kejadian itu berlaku masih belum diketahui, buat masa ini mangsa-mangsa telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI