fbpx

Bell Ngasri pernah dihalau dari set

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELL NGASRI bersama isteri, Nur Farhana Mahamad Fauri yang menjadi tukang belakang kejayaannya. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – “Kalau perempuan lain memang saya dah kena penampar”.

Itu pendedahan Bintang Paling Popular, Bell Ngasri mengimbas memori tahun 2007 apabila tetap hadir ke set bagi menyempurnakan penggambaran filem 1957: Hati Malaya pada hari perkahwinannya.

Kata pelakon itu, tanggungjawab tersebut dilaksanakan demi menjayakan peranan Saidon Jubir iaitu pengiring kepada Tunku Abdul Rahman dalam naskhah arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

“Saya patut ucapkan terima kasih kepada isteri yang ada dalam (bilik) ini, tapi tadi tak sempat nak cakap kepada dia.

Isteri saya sangat memahami, hari nikah dan sanding nak kerja apa benda. Tapi kena ingat, dalam filem 1957: Hati Malaya itu, kalau saya tak datang siapa nak iring Tuanku Abdul Rahman?

“Dalam sejarah dia yang mengiring, jadi saya tak boleh tukar sejarah. Masa itu Shuhaimi Baba minta saya balik tetapi saya cakap saya kena buat babak itu,” katanya selepas meraih trofi utama di Anugerah Bintang Popular ke-35, malam tadi.

Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, baru sekarang dia mendedahkan kisah lampau yang selama ini tersimpan kemas disebabkan dirinya seorang perahsia.

Malah, figura yang mencetuskan fenomena menerusi watak Barkoba yang juga geng plastik hitam dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid juga mengakui pernah kemalangan namun tetap muncul di set penggambaran.

Saya susah nak bercerita kepada orang apa-apa hal yang terjadi termasuk kemalangan. Saya tetap datang set. Ini komitmen.

“Mungkin sebab orang tak mahu ambil tahu dan saya pun perahsia buatkan saya masuk kerja sampaikan pengarah halau saya balik,” dedahnya lagi.

Malam tadi Bell yang popular dengan frasa ‘yak yak yeay’ menewaskan calon muda popular termasuk Anna Jobling dan Meerqeen dengan membawa pulang gelaran utama itu.

Selain trofi Bintang Paling Popular, aktor berusia 43 itu turut mengungguli kategori Artis Komedi Popular menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli.

Terdahulu, menerusi perkahwinannya dengan penulis skrip, Nur Farhana Mahamad Fauri, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nasfazril, 15; Nasfarisya, 13 dan Nasfazira, lapan tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI