fbpx

Terlantar 71 hari di Madinah, Hasmah akhirnya pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasmah yang berkerusi roda disambut ahli keluarga sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, semalam.

KUALA TERENGGANU – Penantian tiga beradik kepulangan ibu kandung mereka yang terlantar sakit bersendirian di sebuah hospital di Madinah selama 71 hari berakhir, semalam.

Ketibaan Hasmah Hamid, 62, disambut dengan tangisan kegembiraan tiga beradik itu bersama 50 anggota keluarga lain pada pukul 5.30 petang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Zuraini Sapi’n, 32, berkata, adik bongsunya iaitu Mohd. Asdi Awang@Abidin, 28, telah pergi ke Madinah pada Isnin lalu menggunakan wang terkumpul hasil sumbangan orang ramai sebanyak RM160,000.

“Kami sedar wang sumbangan itu masih tidak mencukupi untuk membayar bil hospital sedangkan masa semakin suntuk.

“Alhamdulillah, tanpa disangka-sangka, pihak hospital turut bersimpati dengan nasib kami dan bersetuju memberi pengurangan bil hospital,” katanya kepada Kosmo!, di sini hari ini.

Zuraini berkata, pengurusan hospital swasta terbabit membenarkan mereka membayar sebanyak 112,000 Riyal (RM135,978.53) sahaja berbanding caj asal 150,000 Riyal (RM182,114.10)

Kosmo! 11 Julai lalu melaporkan tiga beradik tersebut merayu sumbangan orang ramai bagi membayar bil rawatan ibu mereka di hospital swasta di Madinah yang sudah mencecah 250,000 Riyal (RM303,523.49).

Hasmah yang mengikut pakej rombongan mengerjakan ibadah umrah dimasukkan ke hospital swasta itu pada 9 Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI