fbpx

Tiada rakyat Malaysia terlibat insiden tembakan rambang di Auckland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam insiden tembakan rambang yang berlaku di Quay Street, Auckland, New Zealand, hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata, menurut laporan awal, seorang lelaki bersenjatakan senapang patah telah melepaskan tembakan rambang yang setakat ini telah meragut dua nyawa dan mencederakan enam orang yang lain.

Jelasnya, penembak rambang tersebut juga dilaporkan telah mati di tempat kejadian.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut,” katanya hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington beralamat di 10 Washington Avenue Brooklyn PO Box 9422.

“Mereka juga boleh menghubungi Suruhanjaya itu di talian +64-4-3852439 atau +64-210440188 (untuk kecemasan) atau email ke [email protected],” katanya.

Ujarnya, sebarang perkembangan terkini mengenai insiden itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI