fbpx

PRN: Amanah ketengahkan calon boleh menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin.

SUBANG JAYA – Parti Amanah Negara (Amanah) yakin calon parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini mampu memberikan kemenangan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, semua calon Amanah memenuhi kelayakan terutama kriteria ‘winnable candidate’.

“Ada calon yang dikekalkan, ada calon muka baru, ada kali pertama. Latar belakang politik dan pembabitan juga diambil kira. Yang penting calon boleh menang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Payung Rahmah Sempena Kempen “Kasih Sayang Ibu dan Si Manja” di sini hari ini.

Menjawab soalan pemberita, Salahuddin berkata, Amanah akan menampilkan antara 30 peratus hingga 40 peratus calon muka baru.

Kata beliau, senarai pendek semua calon Amanah sudah diputuskan dengan pengumuman akan dibuat dalam tempoh terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI