fbpx

[VIDEO] Rupa-rupanya tikus gigit ayam di pasar basah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar tikus gigit ayam di pasar basah.

PETALING JAYA – Rasa curiga seorang wanita membawa kepada penemuan jijik seekor tikus sedang menggigit ayam mentah di sebuah pasar basah.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik @_F4dhil4hm4d_ di akaun Tiktok miliknya berkata, dia mula menyedari kehadiran tikus itu selepas curiga dengan kelibat hitam berdekatan ayam tersebut.

“Aku tengok dari kereta sajalah, aku “zoom” dekat – dekat untuk tengok binatang apa itu. Rupa-rupanya tikus, rakam je lah mampu,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

Tambahnya, dia juga menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam membeli barang basah.

“Awak semua berjaga-jaga lah dalam membeli lauk basah yang terdedah, takut ada yang jadi begini. Beringatlah dalam membeli, risiko mesti akan ada,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai pendapat mengenai video yang tular itu.

“Bahaya untuk kesihatan, boleh kena jangkitan kencing tikus,” komen Hazlyna.

“Patutlah sekarang selalu keracunan makanan,” kata Siti Anisah.

Setakat ini, video perkongsian tersebut telah meraih lebih 126 ribu tontonan dan meraih 2,615 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@fadhilahmad3031 aku lupa nak up video kene stanby dgn nitizen² puaka ni 😂😂 , sepatut aku kene rakam smpi owner kedai melingkup la br nitizen puas hati sedetail² nya kene bg tau … aku share br korg beringat , video ni pun dh 2,3minggu br aku teringat nak share .. masa aku rakam ada org lain dh bagi tau , ishhhhh mengkome niii kannn, lantak korg la nak kecam ke apa ke yg pntg beringat la membeli lauk basah terdedah ni risiko gini pasti ada tu je yg aku nak smpi kan , kalau aku pntg diri aku tak share g lantak korg laaa yg beli korg yg makan … #rattatouille #tikus #kedaiaceh #fyp #ikuttrend #xyzbca ♬ Stel Kendo Stel Kenceng Jedag Jedug – Rian DTM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI