fbpx

Gagal siapkan kerja sekolah, murid cedera dirotan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KESAN kecederaan di beberapa bahagian muka serta badan seorang pelajar Tahun 5 yang di dakwa dirotan guru sebuah rendah di Jementah, Segamat. Johor

SEGAMAT – Seorang murid Tahun 5 mengalami kecederaan di badan serta beberapa bahagian muka disyaki akibat dirotan guru dalam kejadian di sebuah sekolah rendah di daerah ini di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, hasil siasatan awal yang telah dijalankan didapati mangsa telah dirotan oleh guru sekolah disebabkan mangsa gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran di sekolah.

“Pada 18 Julai kira-kira pukul 11 malam, pihak polis mengesan satu komen yang dimuat naik oleh satu individu di laman Facebook ‘Polis Daerah Segamat’ berkaitan kejadian. Komen tersebut menyebut seorang pelajar sebuah sekolah tamil di kawasan Jementah, Segamat mengalami kecederaan akibat dipukul oleh seorang guru di sekolah tersebut.

“Respon kepada komen tersebut, pihak polis Segamat telah meminta mangsa hadir ke balai polis berhampiran membuat laporan berkenaan kejadian. Ekoran daripada itu, pada 19 Julai lebih kurang pukul 12.10 tengah malam hari ini satu laporan polis telah dibuat oleh ibu mangsa.

“Di dalam laporan tersebut menyatakan anaknya pelajar lelaki tahun 5 sekolah tersebut mengalami cedera luka di bahagian leher kiri, bahu kiri dan calar di pipi muka akibat dirotan oleh guru besar,”katanya ketika ditemui di IPD Segamat hari ini.

Ujarnya, guru perempuan terbabit berumur lingkungan 50-an telah diambil keterangan oleh pihak polis dan siasatan masih dijalankan.

Tambah Ahmad Zamry, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI