fbpx

Remaja 14 tahun didakwa cekik adik sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga remaja yang mencekik adiknya turut hadir pada prosiding di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh adik kandungnya berusia sembilan tahun, dua minggu lalu.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 14 tahun hanya menunduk dan tiada pengakuan direkodkan sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kematian terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun.

Kesalahan itu dilakukan antara pukul 11.30 pagi hingga 12.35 tengah hari dalam daerah Melaka Tengah pada 5 Julai lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh untuk dihantar ke Hospital Permai di Tampoi, Johor bagi menjalani pemeriksaan psikiatri dan menetapkan tarikh 22 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Kosmo! pada 6 Julai lalu melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dipercayai dicekik abang kandungnya di Kampung Bukit Piatu, di sini.

Kejadian tersebut disedari ibu mangsa yang melihat kejadian melalui rakaman televisyen litar tertutup yang diakses menggunakan telefon pintarnya sebelum meminta pertolongan jiran untuk memeriksaan keadaan dua beradik itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI