fbpx

PPj lancar Kempen Bersihkan Meja Selepas Makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadlun menunjukkan kaunter kemas sisa makanan yang disediakan di Kafeteria Rampai Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, sempena pelancaran Kempen Bersihkan Meja Selepas Makan, hari ini.

PUTRAJAYA – Biarpun nampak remeh tetapi amalan membersihkan meja selepas makan boleh memupuk budaya sopan santun selain mengelak masalah bawaan penyakit akibat kotoran yang tertinggal.

Justeru, Perbadanan Putrajaya (PPj) hari ini melancarkan Kempen Bersihkan Meja Selepas Makan di restoran-restoran di seluruh Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Majlis pelancaran itu disempurnakan Presiden PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud bertempat di Kafeteria Rampai Sari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini pagi tadi.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat PPj, Norzita Abdul Razak ketika ditemui berkata, kempen itu akan melibatkan 480 buah premis makanan di Putrajaya termasuk pengusaha restoran, kedai makan, kantin sekolah dan kafeteria pejabat.

Beliau berkata, kempen itu penting bagi menjadikan Putrajaya sebuah bandar yang bersih di setiap tempat selain membudayakan amalan membersihkan sendiri meja selepas makan di restoran.

“Kerjasama dan komitmen daripada pemilik premis diperlukan dalam memastikan penyediaan tempat atau perkakasan bagi memudahkan pengunjung mengemas sendiri meja makan mereka.

“Kempen ini memfokuskan hasrat untuk menjadikan Putrajaya sebagai Zon Meja Bersih selepas makan di setiap premis makanan bagi mengatasi masalah bawaan penyakit akibat kotoran yang tertinggal.

“Di samping itu, ianya juga dapat mengurangkan aduan kacau ganggu daripada haiwan seperti kucing, anjing dan burung gagak, selain dapat mengatasi masalah bawaan penyakit daripada lalat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI