fbpx

Kerajaan setuju serah semula 55 tanah kepada Sabah, Sarawak – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadillah bercakap ketika sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Sabah Sarawak di Jabatan Perdana Menteri, hari ini. Foto FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Kerajaan secara prinsipnya bersetuju untuk menyerahkan semula 55 lot tanah di Sabah dan Sarawak kepada dua kerajaan negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, konsep itu sudah dipersetujui dalam perundingan Sekretariat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di antara kerajaan kedua-dua negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata, daripada jumlah 55 lot tanah itu, 53 lot adalah di Sarawak manakala dua lot di Sabah yang kebanyakannya dibeli Kerajaan Persekutuan sejak 30 tahun lalu.

“Dalam mesyuarat hari ini, 55 lot tanah daripada keseluruhan 219 lot tanah sudah dipersetujui untuk diserahkan manakala, bakinya masih dalam rundingan dan perbincangan. Kami dapati tanah yang akan diambil semula itu tidak dimajukan mungkin disebabkan tanah tidak sesuai, terbiar tanpa pembangunan dan tiada peruntukan untuk dibangunkan.

“Sudah pasti Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak akan membayar balik kepada Kerajaan Persekutuan jumlah pampasan namun, ia berdasarkan nilai asal tanah itu ketika dibeli dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) di sini, hari ini.

Katanya, ada di antara lot tanah terbabit tidak pernah dibangunkan selepas diambil alih sejak 20 hingga 30 tahun lalu dan akhirnya menjadi kawasan penempatan setinggan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI