fbpx

Ismahalil terharu dapat makan burger selepas dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Ismahalil ketika mengadakan sesi siaran langsung.

PETALING JAYA – Bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah meluahkan rasa terharu selepas dapat menikmati hidangan burger daripada jenama makanan terkenal selepas dua tahun dipenjarakan.

Ismahalil berkata demikian ketika mengadakan sesi siaran langsung (live) di akaun Facebook miliknya yang baru dicipta.

“Dah dua tahun tak makan benda-benda macam ini. ,” katanya.

Ismahalil turut meluahkan kerinduannya untuk melihat konti Bapakku Fm.

“Rindu nak tengok konti Bapakku Fm itu. Tak mengapalah, perlahan-lahan. Bukan sahaja anda nak kata rindu, saya pun rindu.

“Alhamdulillah kebebasan ini sebenarnya kasih sayang doa-doa kawan-kawan semua,” ujarnya.

Dalam sesi siaran langsung itu juga, mengumumkan akan berehat sebentar untuk menghormati ibunya yang kini sedang sakit.

“Abang Isma nak rehat dulu sebab nak balik kampung. Menghormati mak abang Isma yang tak sihat,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam melepas dan membebaskan bekas penyampai radio (DJ), Ismahalil Hamzah daripada pertuduhan mengedar dadah di rumah sewanya di Jalan Semarak, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap pengasas `Bapakku FM’ itu selepas pihak pembelaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI