fbpx

Che Puan Mahkota Kelantan selamat melahirkan anakanda sulung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Muhammad Faiz (kiri) dan Sofie Louise. FOTO IHSAN UNIT MEDIA PEJABAT SULTAN KELANTAN

KOTA BHARU – Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (HUSM) di sini semalam.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Menurut kenyataan itu, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja HUSM terlibat dan rakyat jelata yang sentiasa mendoakan kesejahteraan Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Sofie Louise bakal menimang cahaya mata sulung, Julai ini.

Perkara itu diumumkan oleh Sofie Louise menerusi satu hantaran di Instagram miliknya Mac lalu.

Baginda bertitah, Tengku Muhammad Faiz dan dirinya gembira untuk mengumumkan bakal menimang putera sulung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI