fbpx

[VIDEO] Pekerja bot di Sabah dipuji pandai cakap Korea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja bot di Sabah memberi penerangan kepada pelancong Korea menggunakan bahasa Korea.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang juga pekerja bot di Sabah berusaha menggunakan bahasa Korea sewaktu memberi penjelasan kepada pelancong negara tersebut dipuji netizen.

Menerusi video dimuat naik Percutian Bajet Sabah pada TikTok, lelaki tersebut pada mulanya memberi penjelasan kepada pelancong tempatan di bot tersebut.

Kemudian, dia turut menerangkan kembali menggunakan bahasa Korea kepada pelancong negara tersebut yang berada di bot itu.

Biarpun ada pengguna media sosial mengatakan bahasa disebut lelaki itu sedikit pelik, ada yang memberitahu dia memang menggunakan bahasa Korea, malah difahami pelancong berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial memuji lelaki tersebut, malah ada yang bercerita pernah berjumpa penduduk di Sabah boleh berbahasa Korea memandangkan ramai pelancong dari negara itu berkunjung ke sana.

“Pertama kali pergi Sabah, saya terpegun ‘Sabahan’ fasih bahasa Korea dan jumpa yang reti banyak bahasa asing,” komen DrWawa.

“Orang Korea boleh faham dah kira bagus abang ni,” ujar Fauzi Ujiey.

“Abg ni pandai cakap Korea, tapi dia tak pandai nak lenggokkan cara percakapan tu. Sebab itulah bunyinya macam gitu,” kata Nuraimi Raffhan. – KOSMO! ONLINE

@pakej_bajet_kundasang Tngok sampai habis 🤣🤣#fyp #percutianbajetkundasang ♬ original sound – percutian bajet sabah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI