fbpx

Sultan Selangor titah isu Sanusi belum selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Yunus ketika menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, hari ini

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa perkara melibatkan kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor masih belum selesai.

Perkara itu dimaklumkan Sultan Sharafuddin menerusi Facebook Selangor Royal Office.

“Perkara ini masih belum selesai,” titah ringkas baginda.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan di Istana Bukit Kayangan, di sini.

Pertemuan secara berasingan ini telah membincangkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Sanusi dalam satu ceramahnya di Selangor baru-baru ini, yang dianggap menghina institusi Diraja Selangor.

Muhammad Sanusi yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) telah mengutuskan warkah kepada Sultan Selangor bagi menjelaskan konteks dan maksud sebenar ucapannya yang didakwa sengaja diputar belit.

Kata beliau, warkah tersebut diutuskan selepas mengetahui bahawa ucapannya telah diputar belit bagi menimbulkan kefahaman yang salah oleh ejen-ejen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Warkah saya itu didahului dengan merafak sembah memohon ampun dan maaf kepada Tuanku Sultan Selangor seraya berharap tidaklah timbul kemurkaan baginda bersabit isu-isu yang sengaja dibangkitkan daripada ucapan itu.

“Selanjutnya saya mendoakan agar Tuanku Sultan dan Tuanku Permaisuri terus bersemayam di atas singgahsana Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan dalam keadaan sihat, sentosa dan penuh kemuliaan,” katanya dalam kenyataan di akaun Facebook rasminya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Besar Kedah yang mempertikai serta melanggar larangan menyentuh isu 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).

Muhammad Sanusi dalam satu siri ceramah mengeluarkan kenyataan yang didakwa menghina Sultan Selangor selain meremehkan pelantikan Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI