fbpx

Pekerja tapak ECRL maut dirempuh Perodua Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal Honda Wave yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa Muhammad Firdaus di Kampung Gong Penaga, Jabi, Besut hari ini.

BESUT – Seorang pekerja tapak projek Rel Laluan Pantai Timur (ECRL) maut selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Kampung Gong Penaga, Jabi di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Firdaus Mohd. Zul, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian leher dan paha.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, sewaktu kejadian, Muhammad Firdaus dalam perjalanan ke tempat kerjanya di tapak ECRL Kampung Air Sejuk, Setiu dari rumahnya di Kampung Telaga Nibong di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Honda Wave yang dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah kereta Perodua Myvi dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan mangsa cedera parah pada bahagian leher selain patah kedua-dua pahanya,” katanya di sini hari ini.

Abdul Rozak berkata, mayat Muhammad Firdaus yang berkhidmat sebagai pemandu lori telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, tiga lelaki kesemuanya berusia 25 tahun dari Kluang, Johor yang menaiki kereta Perodua Myvi terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI