fbpx

PM minta masyarakat India terus sokong Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu dengan masyarakat India dalam satu program di Kedah semalam.

PETALING JAYA – Masyarakat India perlu terus memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan bagi memastikan segala pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelompok perkauman sempit oleh sesetengah pihak perlu dilawan dan dielakkan.

“”Sebaliknya perlu fokus dalam isu lebih mustahak seperti keluar daripada kepompong kemiskinan.

“Sokongan yang diberikan oleh masyarakat India kepada Kerajaan Perpaduan selama ini sangat dihargai,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, usaha Kerajaan Perpaduan untuk menoktahkan kemiskinan tegar seperti yang ditetapkan tahun ini tidak tertumpu kepada satu kaum sahaja.

Tegas beliau, pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas iaitu memastikan semua yang ada di negara ini mendapat hak masing-masing berpandukan Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI