fbpx

Pembeli kecewa kediaman dikategori perumahan sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pembeli projek perumahan Selangorku hadir mendesak pihak pemaju dan kerajaan negeri Selangor menyiapkan rumah mereka yang tertangguh sejak tiga tahun lalu di Morib, Banting.

KUALA LANGAT – Impian kira-kira 500 pembeli projek perumahan di Morib di sini yang kebanyakan golongan B40 memiliki rumah sendiri terus tertangguh apabila gagal disiapkan sejak tiga tahun lalu.

Mereka kecewa apabila aduan di­salurkan tidak diambil perhatian sewajarnya daripada pihak bertanggungjawab termasuk daripada pihak berwajib.

Lebih malang lagi, satu daripada empat projek perumahan iaitu jenis apartmen setinggi 17 tingkat yang mempunyai 220 unit dika­tegorikan sebagai projek sakit.

Seorang wakil pembeli apartmen tersebut, Idayu Shah Haibi, 37, berkata, dia dan yang lain adalah pembeli rumah pertama dan cukup tertekan serta terkesan apabila pembayaran antara RM1,000 hingga RM1,500 telah dibuat kepada pihak bank sejak 2019.

Katanya, apartmen tersebut adalah dibawa projek rumah mampu milik sepatutnya siap pada 2020, namun ditangguhkan dengan alasan akibat Covid-19 dan kekurangan tenaga kerja.

“Sebagai pembeli, kami tidak mahu mendengar alasan, tetapi mahu rumah siap sebab pembayaran telah dibuat kepada pihak bank.

“Projek ini merupakan rumah mampu milik, namun kami terasa seperti ditipu sehingga ada yang trauma dengan keadaan sebegini,” ketika ditemui tapak projek perumahan tersebut di sini semalam.

Kata Idayu, kerajaan negeri dan pemaju diminta perlu lebih peka dan tidak lepas tangan memandangkan ini adalah projek perumahan mereka.

“Justeru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu bertindak dalam menyiasat sekiranya ada kelompongan, salah laku, penyalahgunaan kuasa dan kelemahan tadbir urus,” ujarnya dengan nada kesal.

Bagi seorang kakitangan kerajaan, Nor Faizah Abd. Rashid, 33, yang tanpa berselindung menyatakan kekecewaannya keadaan rumah itu meskipun dijadualkan semula siap pada hujung tahun ini.

“Kalau lihat, tiada kerja-kerja pembinaan pun ketika ini. Kami ini bayar pinjaman dengan berdepan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR), rasa seperti dianiaya.

“Gaji saya tidak besar hanya RM2,500 sahaja dan ditolak RM1,000 sebulan. Sangat berharap agar rumah cepat siap,” katanya.

Sementara itu, penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib, Hasnul Baharuddin berkata, ada empat projek perumahan kesemuanya di lokasi terbabit melibatkan keseluruhan lebih 555 unit termasuk tiga projek rumah teres setingkat dan satu apartmen.

“Projek ini dijangka dibuat semula Jun lepas,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI