fbpx

Mayat bayi lelaki baru lahir dibuang dalam longgokan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam longgokan di tempat pembuangan sampah kawasan Fajar, Lahad Datu malam tadi. -Foto: Ihsan Polis.

LAHAD DATU – Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam longgokan di tempat pembuangan sampah kawasan Fajar malam tadi.

Mayat bayi dibalut menggunakan sehelai kameja berwarna kelabu itu ditemui pada pukul 11.30 malam oleh pemandu lori warga tempatan berusia 44 tahun ketika memungut sampah di kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, lelaki itu yang bekerja sebagai pemandu lori syarikat pembersihan sampah sedang memungut bahan buangan di kawasan terbabit.

“Mayat bayi itu dibalut dengan menggunakan kemeja wanita berwarna kelabu dan bergaris yang diletakkan atas longgokan sampah.

“Susulan kejadian itu, sepasukan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu pergi ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Rohan Shah memberitahu, mayat bayi malangan tersebut kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu bagi proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat. Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian Hotline IPD Lahad Datu di talian 089-881255 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Sophie Thomas Kasau di talian 013-9392505,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI