fbpx

Pandu lawan arus, cubaan dua lelaki lari dari polis gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KAJANG – Cubaan berani dua lelaki dipercayai suspek pecah rumah dan curi kabel dengan memandu melawan arus bagi melarikan diri daripada pemeriksaan polis tidak berhasil apabila mereka ditahan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dari anggota kereta peronda polis (MPV) berhubung kejadian kejar-mengejar melibatkan sebuah trak pikap jenis Isuzu D-Max berwarna perak.

Menurutnya, suspek bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis sebelum memandu melawan arus di kilometer 20.9 Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (Silk) sehingga berlaku kemalangan dengan kenderaan awam.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan masing-masing berusia 31 dan 30 tahun.

“Pemeriksaan lanjut dalam kenderaan turut menjumpai beberapa peralatan disyaki boleh digunakan untuk melakukan kesalahan jenayah pecah rumah dan curi kabel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Zaid berkata, ujian air kencing pada kedua-dua saspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine selain mempunyai 24 rekod lampau melibatkan kes jenayah dan narkotik.

“Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 17 Julai. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan Seksyen 15(1)(a)Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI