fbpx

40 satelit Starlink tingkatkan capaian internet IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada program Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Amanjaya di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kerajaan bercadang untuk menggunakan 40 peranti satelit Starlink di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha memperbaiki capaian internet di kampus masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peranti menggunakan Starlink itu diperoleh hasil persidangan video dengan Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk semalam.

“Saya melawat universiti dan mendengar rungutan daripada pelajar yang bertanya, ‘Datuk Seri, bagaimana kita boleh belajar sedangkan internet tidak boleh digunakan.

“Jadi apabila Elon Musk bercakap dengan saya, saya maklumkan Fahmi Fadzil (Menteri Komunikasi dan Digital) semalam untuk membeli (peranti Starlink) dengan segera, dan kita akan memasangnya di mana sahaja universiti yang memerlukan,” katanya ketika berucap pada program Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Amanjaya, di sini hari ini.

Katanya, peranti tambahan itu juga akan digunakan untuk meningkatkan lagi kebolehcapaian internet di kawasan luar bandar.

“Elon berkata dia boleh memberikan kita 40 peranti. Dia juga memberi jaminan semalam bahawa jika kita memerlukan lebih banyak unit, kita juga boleh membelinya untuk pemasangan di kawasan luar bandar.

“Kita akan memperoleh peranti ini untuk usahawan luar bandar dan projek luar bandar tetapi kita mulakan dengan universiti, politeknik dan sekolah yang memerlukan akses internet,” katanya.

Ujar beliau, peranti itu boleh memastikan liputan internet pada kadar capaian terbaik walaupun di kawasan luar bandar dan terpencil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI