fbpx

Lelaki di seluruh dunia semakin kurang sperma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan memantau pergerakan sperma di Hospital Universiti Keio di Tokyo, Jepun pada 28 September 2022. - AFP

LONDON – Satu kajian mendapati 53 negara melaporkan penurunan antara 50 hingga 60 peratus dalam jumlah sperma lelaki khususnya di Amerika Utara, Eropah dan Australia, lapor akhbar Metro UK.

Seorang pakar dari laman perubatan Superdrug Online Doctors, Dr. Babak Ashrafi berkata, terdapat faktor lain yang mendorong masalah kekurangan sperma walaupun kesuburan lelaki kebiasaannya merosot ketika berusia 40 hingga 45 tahun.

“Kajian mendapati lelaki yang sering merasa tertekan lebih berisiko mengalami penurunan testosteron, jumlah sperma lebih rendah, pengeluaran sperma tidak normal dan penurunan motilitas sperma (fungsi yang membolehkan sperma bergerak).

“Banyak peristiwa semasa boleh meningkatkan terhadap tekanan seseorang individu  termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.

Tambah Ashrafi, berat badan yang meningkat juga memainkan peranan.

“Mempunyai indeks jisim badan (BMI) tinggi adalah punca jumlah sperma rendah, serta penurunan kualiti dan pergerakan sperma,’ jelasnya.

Faktor seterusnya adalah pengambilan alkohol yang boleh menjejaskan tahap hormon dan menghalang fungsi testis lelaki. Ketagihan merokok juga menyebabkan jumlah air mani dan bilangan sperma lelaki menjadi lebih rendah.

Jelasnya, kekurangan pengambilan buah-buahan dan sayuran juga memberi kesan kepada jumlah sperma, termasuk makan makanan segera dengan banyak.

Mobiliti lebih rendah juga menjadi punca masalah kesuburan lelaki.

‘Lelaki yang aktif menunjukkan tahap hormon dan pengeluaran sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang kurang aktif,’ jelasnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI