fbpx

LBS diiktiraf Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia dua tahun berturut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hock Guan, (kiri) ketika menerima anugerah Deloitte Syarikat Pengurusan Terbaik Malaysia 2023, di ibu negara, kelmarin.

PETALING JAYA – Pemaju perumahan terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) berjaya menerima Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik 2023, dua tahun berturut-turut.

Anugerah dari firma perunding global, Deloitte itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Deloitte SEA, Yee Wing Ping.

Anugerah Syarikat Pengurusan Terbaik Deloitte merupakan program anugerah perniagaan berprestij dan telah dianjurkan di lebih 37 buah negara sejak 1993.

Ia disampaikan kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan pada majlis di EQ Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berkata, anugerah itu merupakan gambaran sebenar kejayaan berterusan LBS sebagai sebuah organisasi.

“Kami menekankan nilai teras dan tumpuan kepada kediaman berkualiti berdasarkan tiga teras utama iaitu mampu milik, ketersambungan dan komuniti.

“Anugerah ini merupakan penghargaan terhadap usaha serta dedikasi hampir 500 kakitangan LBS dan saya sangat berbangga dengan pasukan ini,” katanya menerusi kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif LBS, Datuk Cynthia Lim, berkata, LBS telah melabur RM60 juta untuk mewujudkan sistem binaan berindustri (IBS).

“Pelaksanaan IBS telah mengurangkan masa pembinaan, minimumkan pembaziran bahan, penyelesaian isu buruh, pengurangan kesan alam sekitar dan tingkatkan kualiti keseluruhan.

“Ia turut mewujudkan persekitaran inklusif untuk pekerja termasuk peluang latihan dan pembangunan yang komprehensif, pakej imbuhan kompetitif dan faedah pekerja,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI