fbpx

Warga emas simbah asid didakwa di mahkamah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian suami isteri disimbah cecair didakwa asid di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak, 4 Jun lalu.

GOMBAK – Wanita warga emas yang disyaki dalang insiden sepasang suami isteri cedera disimbah asid ketika berada di dalam lif Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, di sini, baru-baru ini akan didakwa di mahkamah esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir berkata, suspek berusia lingkungan 60-an akan didakwa di Mahkamah Selayang.

“Suspek akan menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata,” katanya.

Wanita warga emas itu ditahan pada pukul 4.20 petang di sebuah kediaman di Rawang, Ahad lalu.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan pasangan suami isteri bekerja sebagai pengusaha roti nan cedera akibat disimbah asid ketika ingin menaiki lif bersama anak lelaki berusia 14 tahun.

Suspek mendatangi mangsa sebelum bertindak menyimbah cecair dipercayai asid ke arah kedua-dua mangsa dari arah luar lif dan terus melarikan diri.

Ekoran kejadian itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian bahu, pipi dan mata serta belakang bahu.

Kejadian tersebut didakwa berunsurkan dengki dan tidak puas hati pihak lain ekoran seminggu sebelum kejadian, kedai makan mangsa turut hangus terbakar. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI