PETALING JAYA – Produk keluaran Ayam Brand terkenal kerana memiliki dengan rangkaian meluas ikan tuna, saba, sardin dan mackerel yang sihat, berkualiti tinggi, enak, bebas bahan pengawet dan tanpa tambahan MSG.
Melalui produk keluaran syarikat yang terdiri daripada Saba Ayam Brand, Sardin Ayam Brand, Mackerel Ayam Brand, Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand dan Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand, produk tersebut memberi manfaat seperti Omega-3 yang mana ia sihat untuk manfaat diet keluarga masing-masing.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Asid lemak Omega-3 adalah lemak politidaktepu yang memainkan peranan penting dalam tubuh khususnya dalam perkembangan otak dan pertumbuhan kanak-kanak, manfaat melindungi jantung seperti membantu mengurangkan tekanan darah dan trigliserida, memperlahankan pembentukan plak dalam arteri, mengurangkan kemungkinan ritma jantung yang tidak normal serta serangan jantung dan strok.

“Ia turut membantu meningkatkan kesihatan mata, menangani keresahan dan kemurungan, mengalakkan perkembangan otak semasa kehamilan dan peringkat awal kehidupan, mencegah penyusutan kesihatan mental berkaitan usia.
“Bersandarkan kepada kepentingan tersebut, Ayam Brand menggalakkan masyarakat memilih tuna, saba, sardin dan mackerel yang mana ia enak dimakan terus daripada tin mahupun segar.
“Selain itu, ikan tuna, saba, sardin dan mackerel yang ditinkan dan sedia dimakan itu juga adalah cara yang paling mudah dalam usaha menambah Omega-3 dalam diet harian kita,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Mengulas lanjut, Saba yang juga dikenali sebagai mackerel Jepun, adalah amat kaya dengan Omega-3, sebagai perbandingan, setiap tin 150g Saba Ayam Brand mempunyai kandungan Omega-3 yang sama dengan lapan kapsul minyak ikan.

Sardin Ayam Brand pula terdiri daripada spesies Sardinops dari perairan Barat Laut dan Timur Lautan Pasifik, Selatan Lautan India dan Barat Laut Lautan Atlantik, sementara sumber Mackerel Ayam Brand™ melibatkan spesies Scomber yang sebahagian besar ditangkap di perairan Utara Lautan Atlantik serta Barat Laut dan Timur Lautan Pasifik.
Sardin dalam Sos Tomato Ayam Brand mempunyai kandungan Omega-3 sebanyak 7.1 kali lebih tinggi berbanding masakan di rumah yang menggunakan ikan sardin segar.
Sementara Mackerel dalam Sos Tomato Ayam Brand mengandungi 7.6 kali ganda lebih banyak Omega-3 berbanding sajian sama masakan yang mempunyai ikan kembung segar.
Rangkaian produk ikan Ayam Brand boleh dimakan terus daripada tin. Ia enak dinikmati bersama nasi, roti dan salad. -KOSMO!ONLINE














