fbpx

62 premis industri biak aedes diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Sebanyak 62 premis perindustrian dikenakan tindakan selepas didapati membiak nyamuk aedes serta berisiko menyebabkan penyebaran denggi di sekitar Hulu Selangor dan Rawang, kelmarin.

Perkara itu dikesan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) yang melakukan serbuan dalam Operasi Bersepadu Cegah Denggi (Ops Industri) di semua premis industri di kawasan tersebut.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, pihaknya memandang serius peningkatan kes denggi yang berlaku ketika ini yang melebihi 43 peratus.

Katanya, sebanyak 30,543 kes dan lapan kematian direkodkan di Selangor sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 27 sekali gus meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Justeru, kita lancar operasi bersepadu libatkan 122 anggota penguat kuasa dan sebanyak 149 premis industri diperiksa di Bukit Beruntung, Rasa dan Sungai Choh dengan peratusan keseluruhan berjumlah 96 peratus,” katanya, hari ini.

Sha’ari menegaskan pemeriksaan menyeluruh mendapati sebanyak 41.6 peratus daripada premis itu dikesan positif dengan pembiakan aedes.

Ujarnya, pihaknya juga menemukan 69 bekas positif Aedes di kawasan semua premis tersebut dengan lima notis dikeluarkan mengikut Seksyen 8 Akta 154 bersama arahan kerja pembersihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI