fbpx

Tiga diberkas curi kabel elektrik RM15,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA barangan yang dirampas daripada tiga suspek yang ditahan kerana mencuri kabel elektrik di Teega Suites, Puteri Harbour, Iskandar Puteri, awal pagi hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Tiga rakan sejenayah termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai mencuri kabel elektrik di kawasan perumahan Teega Suites, Puteri Harbour, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, tiga suspek berusia dalam lingkungan 30-an itu dicekup secara berasingan pada pukul 12.15 tengah malam hingga 3.10 pagi.

Menurut beliau, semakan terhadap ketiga-tiga suspek juga mendapati mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Iskandar Puteri menjalankan serbuan dan menahan tiga suspek terbabit.

“Suspek mengaku terlibat dalam aktiviti jenayah tersebut. Semakan dibuat mendapati salah seorang suspek mempunyai 12 rekod jenayah manakala seorang lagi dikehendaki polis.

“Sementara itu, dua suspek positif methamphetamine,” katanya dalam ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Ekoran tangkapan itu, pihaknya merampas kabel elektrik yang dicuri bernilai RM15,000. Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Ketiga-tiga suspek direman empat hari bermula hari ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI