fbpx

Sime Darby Motors kini miliki 21 pengedar model EV BYD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengedar baharu BYD di bawa melawat kekilang automotif di China baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sime Darby Motors, pengedar tunggal kenderaan BYD di Malaysia, telah mengukuhkan lagi kedudukannya dalam sektor EV dengan meluaskan rangkaian pengedar menerusi pelantikan 14 rakan pengedar.

Apabila digabungkan dengan Sime Darby Beyond Auto, rangkaian semasa kini bertambah kepada 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia.

Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors bagi rantau Asia Tenggara,Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, pengumuman ini menandakan satu lagi mercu jaya kerana hanya dalam masa enam bulan sejak BYD di
lancarkan di Malaysia, syarikat memiliki 21 lokasi pengedar yang sedia untuk
memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat.

“Ini jelas membuktikan keyakinan kami terhadap prospek EV dalam industri automotif Malaysia sambil memastikan kesediaan kami untuk berkhidmat kepada pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bersempena pelantikan rakan-rakan pengedar di Ibu Pejabat BYD di Shenzhen, China.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah memberi peluang kepada para pengedar baharu berpeluang  melawat  ibu pejabat BYD, meninjau secara dekat keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D)  yang mengagumkan
dan juga rangkaian produk inovatifnya yang terkini. -KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI