fbpx

Pekerja kilang maut rempuh Proton X70 dipandu guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaa.n motosikal Yamaha Ego yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 35, Jalan Kuala Terengganu - Bukit Besi hari ini

HULU TERENGGANU – Seorang pekerja sebuah kilang papan wanita maut setelah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 35, Jalan Kuala Terengganu – Bukit Besi berhampiran Sekolah Kebangsaan Tok Randok, Ajil di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 8.10 pagi itu, mangsa, Wan Nor Aziera Anisya W. Mazlan, 23, meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Hasmerra Hassan berkata, sewaktu kejadian, Wan Nor Aziera Anisya dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Ajil dari rumahnya di Kampung Durian Kassim di sini.

“Sewaktu tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Ego dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah kenderaan ulititi sukan (SUV), Proton X70 dipandu seorang guru wanita. Kenderaan Proton X70 itu dikatakan telah membelok ke arah kanan dari laluan bertentangan,” katanya di sini hari ini.

Hasmerra berkata, mayat Wan Nor Aziera Anisya telah dihantar ke Unit Forensik, Hospital Hulu Terengganu di sini untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, guru wanita berusia 55 tahun yang dalam perjalanan menghadiri kejohanan bola baling peringkat Hulu Terengganu tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI