fbpx

Keputusan representasi kes seleweng minyak anak bekas menteri 20 September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD Faisal (tengah) hadir pada prosiding sebutan semula kes penyelewengan minyak masak bersubsidi tahun lalu di Mahkamah Sesyen, Seremban hari ini. Foto oleh NOR SHAFAWATI YUP/ KOSMO!

SEREMBAN – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 20 September ini bagi keputusan representasi dua bekas pengarah syarikat termasuk anak bekas menteri berhubung kes penyelewengan minyak masak bersubsidi, tahun lalu.

Hakim Mazni Nawi menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memohon tarikh sebutan lain kerana masih meneliti keputusan representasi yang difailkan pihak peguam bela orang kena saman (OKS), Muhammad Faisal Hamzah, 39.

Mahkamah turut mengambil kira permohonan peguam Hasnan Hamzah yang mewakili seorang lagi OKS, Azizul Abdul Halim, 55, untuk diberikan sedikit masa menfailkan representasi.

Pada prosiding hari ini, peguam K. Indran yang mewakili Muhammad Faisal memaklumkan telah menyerahkan keputusan representasi kepada pihak pendakwaan pada 30 Jun lalu.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Firdaus Roslan.

Pada 5 April lalu, media melaporkan Muhammad Faisal dan rakannya, Azizul mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan berkaitan penyelewengan minyak masak bersubsidi.

Mereka pada ketika itu pengarah Syarikat Rimba Merpati Sdn. Bhd. didapati memberikan butiran palsu semasa mengemukakan maklumat berhubung dokumen/invois penjualan minyak masak kepada dua kedai runcit.

Kesalahan dilakukan di Pejabat KPDN Negeri Sembilan pada pukul 5 petang, 12 Ogos 2022.

Sementara itu, Syarikat Rimba Merpati Sdn. Bhd. yang merupakan pemegang lesen borong barang kawalan berjadual yang mana mereka merupakan pengarah syarikat turut didakwa memiliki barang kawalan itu melebihi had 50 metrik tan.

Sebelum ini, mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI