fbpx

Bakar isteri kerana berang dituduh hisap dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Gara-gara tidak berpuas hati kerana dituduh menghisap dadah, seorang lelaki bertindak nekad membakar isterinya sehingga mati di rumah mereka di Kampung Bharu, Sitiawan dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata kejadian itu dipercayai dilakukan suspek yang berusia 28 tahun petang kelmarin.

“Pada pukul 6.42 petang Isnin, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan MERS 999 daripada seorang wanita memaklumkan adiknya iaitu suspek telah membakar isterinya di rumah.

“Hasil siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh lelaki itu mengambil dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berusia 33 tahun dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 12.20 tengah hari ini.

Gambar hiasan

Jelas beliau, bedah siasat mayat mangsa akan dilakukan esok bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Beliau memaklumkan, suspek telah ditahan di sebuah restoran di Lumut beserta barang rampasan kira-kira pukul 11 malam tadi.

Menurutnya, lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung hari ini dan dibenarkan direman selama tujuh hari sehingga 18 Julai minggu depan untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan boleh digantung sampai mati, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI