fbpx

Banglo di Sik bukan milik Sanusi, cubaan sebar fitnah menjelang PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah banglo di Sik yang dikaitkan dengan Muhammad Sanusi tular di media sosial sejak semalam.

ALOR SETAR – Pejabat Menteri Besar Kedah mengesan cubaan pihak tertentu menyebarkan fitnah terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor apabila mengaitkannya dengan sebuah banglo di Sik, dekat sini.

Terdahulu, gambar sebuah banglo tular di media sosial yang mana ia cuba digambarkan mempunyai kaitan dengan Muhammad Sanusi.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim berkata, banglo tersebut sebenarnya adalah milik abang kepada Muhammad Sanusi yang dibina hasil titik peluh sendiri.

“Gambar sebuah banglo di Sik lengkap dengan imej Google Map yang cuba digambarkan ada kaitan dengan MB Kedah sehingga timbul tanggapan kononnya banglo itu milik beliau sedang ditularkan oleh pemfitnah dan pendengki di serata media sosial.

“Ia tidak benar dan semata-mata fitnah. Pemfitnah-pemfitnah ini bekerja keras menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk mempengaruhi orang ramai percaya MB Kedah kini hidup kaya raya sehingga mampu membina rumah seperti itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, rumah berkenaan dibina tanpa menggunakan wang Muhammad Sanusi walau satu sen.

“Ia milik orang lain yang dibina hasil titik peluhnya sendiri setelah bekerja keras selama puluhan tahun. Selama ini, pemilik rumah itu mengumpul wang bekerja sebagai penyelam di dasar laut.

“Dia juga terpaksa tinggalkan isteri dan anak-anak sehingga tiga atau empat bulan sekali baru boleh balik ke rumah,” ujarnya.

Menurutnya, adalah amat menyedihkan apabila ada pihak tergamak menjaja fitnah kononnya rumah itu bukan milik mereka.

“Pemilik rumah itu bukan orang politik, dia tidak ada kena mengena dengan politik atau pilihan raya. Adakah salah juga dia ada pertalian darah dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi?

“Adakah kerana pemilik rumah itu abang kepada MB Kedah, dia hilang hak untuk bina rumah besar walaupun ada duit dan mampu untuk bina rumah seperti itu?” soalnya.

Tambahnya, rata-rata orang Sik juga mengetahui bahawa banglo itu adalah milik abang kepada Muhammad Sanusi.

“Mudah sungguh kalian buat persepsi sedangkan persepsi bukan realiti. Hentikanlah fitnah seperti ini kerana ia hanya membawa dosa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI