fbpx

Pemenang anugerah Kajai, Ibu Yati selamat dikebumikan tengah malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd Faizal menyiram air di pusara adiknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bintongan, di sini, tengah malam tadi. - FOTO/ NOR AINNA HAMZAH.

REMBAU – Jenazah arwah Wan Noor Hayati Wan Alias yang meninggal dunia pada pukul 6.10 petang semalam dipercayai akibat penyakit radang paru-paru selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bintongan, di sini, pukul 12.10 tengah malam tadi.

Wan Noor Hayati yang turut dikenali sebagai Wanti atau Ibu Yati menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun di Hospital Serdang.

Terdahulu, jenazah tiba di perkarangan tanah perkuburan berkenaan dari Hospital Serdang kira-kira pukul 11.48 malam.

Turut kelihatan rakan wartawan termasuk Pegawai Khas (Komunikasi) kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jan Fazal Eladi, keluarga serta penduduk kampung.

Abang arwah, Wan Mohd Faizal Wan Alias, 46, ketika ditemui semasa pengebumian jenazah meminta sekiranya adiknya ada melakukan kesalahan semasa hidupnya, kesalahan itu dapat dimaafkan.

“Sekiranya adik ada berhutang, boleh datang jumpa saya,” katanya yang merupakan abang sulong, manakala, Ibu Yati merupakan anak bongsu dari dua beradik.

Allahyarham yang berasal dari Kelantan pernah berkhidmat di beberapa agensi media termasuk Utusan Malaysia, Berita Harian serta Media Variasi.

Allahyarham memenangi Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI).

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki, Abdullah Hakim Ali Azman, 14. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI