fbpx

Identiti dua mayat bertatu belum diketahui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

MELAKA – Identiti dua mayat lelaki bertatu yang dipercayai dibunuh sebelum dibuang di tepi jalan di Kampung Ujong Padang di Cheng, dekat sini pagi semalam masih belum diketahui.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini proses bedah siasat juga masih belum menemui punca kematian kedua-duanya dan ujian kimia sedang dilakukan.

“Kita masih belum dapat mengenal pasti identiti si mati dan bedah siasat juga masih belum tahu punca kematian.

“Tiada kesan apa-apa yang boleh menyebabkan kematian. Kita masih menunggu ujian kimia,” katanya ketika dihubungi pemberita pagi ini.

Tambahnya, hasil siasatan ke atas tatu yang ditemui pada tubuh badan si mati dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kumpulan kongsi gelap.

Kosmo! semalam melaporkan, mayat dua lelaki bertatu dipercayai dibunuh ditemui orang awam di dalam semak di jalan Kampung Ujong Padang di Cheng, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

Hasil pemeriksaan anggota di lokasi mendapati kedua-dua mayat tersebut telah dibungkus di dalam kanvas dan diikat menggunakan tali kabel.

Christopher berkata, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada kedua-duanya dan dipercayai si mati telah dibunuh di lokasi lain sebelum dibuang di tempat kejadian.

Siasatan diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI