fbpx

Cabaran pereka fesyen masa kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rekaan fesyen bukan sekadar bersandarkan intuisi tetapi juga ilmu.

Pereka fesyen adalah salah satu daripada pelbagai pekerjaan yang wujud dalam industri fesyen. Hakikatnya, bukan semua pencinta fesyen dikurniakan bakat menjadi pereka fesyen yang baik.

Ramai individu kreatif yang meminati dunia fesyen menjadi pengikut setia trend terkini, pengurus pemasaran dan promosi, ejen jualan pakaian, wartawan, jurugambar, penata gaya, pelukis ilustrasi serta pelbagai lagi.

Mereka yang mahu berkecimpung dalam industri ini perlu mengenal pasti kepakaran dan kemampuan yang dimiliki sendiri untuk mencorakkan hala tuju kerjaya mereka dalam industri ini.

 

Saingan sihat
Untuk maju, pereka atau penggiat industri fesyen perlu bersaing secara sihat, saling membantu dan cuba bergabung menganjurkan sesuatu yang boleh menjana minda, kreativiti serta ekonomi. Paling penting perlu sentiasa membuat revolusi diri, menambah ilmu, sealiran dengan masa, demi kepentingan industri fesyen yang menjadi antara penyumbang utama sebahagian ekonomi negara.

Pelbagai kebolehan
Pereka fesyen bukan hanya duduk di meja untuk melakar rekaan gaun yang cantik. Industri ini bukan hanya berkiblatkan glamor semata-mata tetapi sebenarnya memerlukan pelbagai kebolehan, bakat, kemahiran, pengetahuan luas, aset serta kefahaman tentang pergerakan industri.

Oleh itu, latar belakang pendidikan fesyen, dedikasi, kemahuan menghadapi cabaran dan rintangan adalah kunci kejayaan atau pengiktirafan dalam bidang ini. Perlu juga diingat rekaan fesyen juga tidak sekadar bersandarkan intuisi, malah merangkumi keampuhan penyelidikan, strategi perancangan, eksperimentasi, inspirasi dan kecekapan.

Asas seni
Untuk hasilkan koleksi rekaan yang berkualiti, asli, tinggi nilai estetik serta punyai ciri-ciri inovasi yang boleh dibanggakan, seharusnya setiap pereka fesyen ada asas seni fesyen yang kukuh dalam diri.

Rekaan fesyen yang dihasilkan pereka perlulah berkualiti dan mempunyai ciri-ciri inovasi yang boleh dibanggakan.

Idola

Saya sanjungi pereka-pereka seperti Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat kerana walaupun nama telah menjulang tetapi masih kekal sikap rendah diri seperti yang saya kenal lebih berbelas-belas tahun dahulu ketika mereka menjadi pelajar. Saya kagumi bakat pereka-pereka muda seperti Fizi Woo, Kitwoo dan Zuusaha. Rekaan mereka punyai estetik yang berbeza, cukup inovatif, forward, unik serta relevan dengan kebangkitan pereka-pereka muda Asia.

Kefahaman
Untuk berjaya dalam bidang fesyen, seseorang itu perlu ada kefahaman menyeluruh terhadap proses berkaitan dengan industri tersebut. Pereka perlu tahu selok-belok perniagaan dan pemasaran fesyen.
Tanpa pengalaman dan pengetahuan ini, mungkin agak sukar untuk memasarkan produk atau jenama mereka dengan lebih berkesan. Seharusnya pereka menjejak jalan yang sudah dilalui pereka berpengaruh tempatan dan luar negara dalam membina empayar fesyen mereka.

Perhubungan
rekaan fesyen bukan sekadar bersandarkan intuisi tetapi juga ilmu. serta menjadikan mereka mentor yang boleh memberikan bimbingan serta nasihat dalam mengembangkan kerjaya. Perkara lain yang diperlukan adalah sabar, berfikiran terbuka, mempunyai sikap ingin tahu dan berani bereksperimentasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI