fbpx

Luahan: Cat garisan jalan pudar ancam nyawa pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA jalan yang pudar catnya di sekitar Seksyen 8, Shah Alam.

SAUDARA PENGARANG,

SAYA percaya masih terdapat jalan-jalan yang sepatutnya berada dalam keadaan baik, tetapi dibiarkan tanpa pengurusan sehingga menyusahkan pengguna, malah ada antaranya boleh menyebabkan kemalangan.

Percaya atau tidak, di bandar raya Shah Alam yang merupakan sebuah kawasan yang maju turut mempunyai jalan yang tidak diselenggara dengan baik.

Berdasarkan pengamatan saya selama enam tahun sejak 2017, masih terdapat jalan sudah pudar catnya sehingga menyusahkan pengguna melaluinya terutama pada waktu malam.

Antara lokasi itu ialah jalan-jalan di kawasan perumahan di sekitar Seksyen 8, Shah Alam seperti Jalan Lereng 8, 1E, Jalan Rata 8/1F, Jalan Dataran 8/1G, Jalan Puncak 8/1H, Jalan Tinggi 8/1J, Jalan Bukit Bukit 8/1K dan Jalan Pinggir 8/1L.

Banyak aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak November 2020, namun tiada sebarang tindakan diambil bagi memperbaiki keadaan itu.

Diharapkan agar PBT berkaitan dapat melakukan sesuatu dengan mengecat penanda jalan dengan cat baharu bagi memberi kemudahan serta menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8,
SHAH ALAM, SELANGOR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI