fbpx

Dua penyandang antara 35 calon dikemuka Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Perangkap Hidupan Liar Bagi Program Basmi Musuh Tanaman di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan, hari ini.

ALOR GAJAH – Dua penyandang kerusi di Selangor iaitu Datuk Mohd. Imran Tamrin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Datuk Rizam Ismail (DUN Sungai Air Tawar) merupakan antara 35 calon muda dikemukakan Pemuda UMNO bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya turut menyenaraikan bekas ketua pemuda bahagian dan muka baharu yang disifatkan kesemuanya sebagai calon boleh menang.

Menurutnya, senarai telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti selepas mengadakan perbincangan dengan pengerusi badan perhubungan UMNO enam negeri terlibat.

“Kita sudah hantar senarai 35 calon muda kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk dinilai dan ditapis.

“Ini adalah senarai calon yang disifatkan boleh menang dan berwibawa, apa pun saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih mereka bertanding dalam PRN bulan depan.

“Apa yang saya harapkan daripada senarai yang dikemukakan untuk sekurang-kurangnya 30 peratus dipilih oleh parti untuk bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Perangkap Hidupan Liar Bagi Program Basmi Musuh Tanaman di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan di sini, hari ini.

Tambah Muhamad Akmal, dengan komitmen Presiden UMNO yang mahu melihat muka baharu ditampilkan, pihaknya yakin agenda perubahan parti bakal ditonjolkan dalam PRN ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI