fbpx

Liga Super: Sang Kenari ‘gari’ PDRM FC di laman lawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kedah, Ifedayo Olesegun meraikan jaringan pada perlawanan Liga Super antara PDRM FC menentang Kedah, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebentar tadi. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) berjaya memintas kelompok empat pasukan terbaik carta Liga Super selepas merekodkan kemenangan 2-0 ke atas Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain membariskan kesebelasan terbaik dengan pemain utama seperti Lee Tuck, Manuel Ott dan penyerang baharu, Ifedayo Olusegun.

Perlawanan dilihat berlangsung dengan agak seimbang pada babak pertama dengan kedua-dua pasukan berusaha untuk mengasak dengan KDA FC lebih mendominasi perlawanan.

Namun, ketumpulan jentera serangan menyaksikan saingan pada 45 pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.

Bersambung pada separuh masa kedua, KDA FC menggandakan asakan dengan melakukan beberapa asakan bahaya ke kubu skuad The Cops.

Penantian pasukan pelawat akhirnya berbaloi apabila Ifedayo meledak gol pembukaan pada minit ke-80 hasil daripada sepakan penalti.

Tuah terus memihak kepada kelab gergasi dari Utara tanah air itu apabila sekali lagi diberikan hadiah sepakan penalti dan kali ini disempurnakan oleh Lee Tuck pada minit ke-90.

Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan KDA FC kini menduduki tangga keempat Liga Super apabila meraih 31 mata selepas mengharungi 16 perlawanan. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI