fbpx

Dahulu dikeji, kini Anis Sofea dipuji lawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Haqiem Rusli, Anis Sofea ini dipuji pandai bergaya.

SELEPAS dikecam gara-gara isu buka tudung, kini isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea dipuji pula apabila dikatakan semakin pandai bergaya. Pelik betul netizen!

Sebelum ini, teruk juga Anis dikecam sehingga sering dikutuk sebab tidak pandai bergaya. Tapi sekarang, makin lama, Anis sudah pandai ‘melawa’.

Bukan setakat itu sahaja, wanita berusia 21 tahun itu juga kini semakin terbuka untuk memakai skirt pendek.

Ramai peminatnya ‘jatuh cinta’ dengan penampilan terkini Anis. Menjadi isteri kepada seorang artis terkenal bukan mudah.

Ramai yang perhatikan Anis sama ada baik atau buruk termasuk daripada segi penampilan. Sebagai netizen, janganlah kecam yang bukan-bukan. Diva pun suka melihat Anis semakin berseri dan kelihatan lebih sofistikated.

Diva: Datuk Seri Vida macam cemburu sahaja bila bekas kekasihnya, Ahmad Iqbal mahu melamar Inspektor Sheila.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI