fbpx

Ahli Parlimen Batu Gajah serah bakul makanan untuk penduduk Jelapang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sivakumar (kiri) menyerahkan bakul makanan kepada salah seorang penduduk Jelapang pada Program Penyerahan Bakul Makanan Ahli Parlimen Batu Gajah.

BATU GAJAH – Seramai 300 orang penduduk Jelapang menerima sumbangan berbentuk bakul makanan daripada Ahli Parlimen Batu Gajah, V. Sivakumar menerusi Program Penyerahan Bakul Makanan di sini, semalam.

Pejabat Ahli Parlimen Batu Gajah dalam kenyataan memaklumkan, program tersebut merupakan inisiatif Sivakumar yang juga Menteri Sumber Manusia bagi menterjemahkan usaha murni Kerajaan Madani membantu meringankan golongan B40 di kawasan Jelapang Parlimen Batu Gajah .

“Selain itu, bantuan tersebut juga dirancang khusus untuk membantu masyarakat daripada pelbagai latar belakang etnik yang tergolong dalam kumpulan B40.

“Ini dalam memastikan setiap keluarga menerima bantuan makanan keperluan asas dalam kehidupan seharian mereka,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Dalam pada itu, Sivakumar dalam ucapannya berharap dengan adanya bantuan seumpama
ini akan memberi kesan positif dalam kehidupan penerima.

Sehubungan itu, beliau akan terus berusaha untuk menjalankan program-program bantuan lain yang dapat memberi manfaat kepada komuniti di Parlimen Batu Gajah.

“Beliau menyeru semua pihak bekerjasama dalam membangun sebuah masyarakat yang lebih bersatu,
sejahtera, membantu mereka yang memerlukan dalam komuniti setempat.

“Selain itu, beliau turut menyatakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penduduk kawasan Jelapang yang hadir dalam Program Penyerahan Bakul Makanan B40 atas sokongan terhadap program ini.

“Keberadaan mereka telah memberikan inspirasi dan semangat kepada semua untuk terus bekerjasama dalam membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI