fbpx

Setiap bulan beri RM500 pada ‘boyfriend’ takut kena tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penganalisis menjangkakan ringgit akan mengukuh tahun ini. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah hidupnya apabila terpaksa memperuntukkan RM500 setiap bulan untuk kekasihnya gara-gara takut ditinggalkan lelaki itu.

Dakwa wanita itu, setiap kali keluar makan, pastinya duitnya yang perlu dikeluarkan untuk membiayai kos perbelanjaan mereka berdua.

“Gaji RM2,000, bagi pakwe (kekasih) RM500 tak bagi takut kena tinggal. Bayar kereta RM500, bayar rumah sewa RM200, pinjaman peribadi yang pakwe buat atas nama saya RM400.

“Bagi emak RM50 nasib emak memahami anak dia susah, selebihnya buat belanja makan, belum lagi waktu ‘dating’ belanja pakwe makan. Hidup sekarang semua keras,” luahnya menerusi satu hantaran di media sosial baru-baru ini.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi orang rumai dan ada juga yang pernah mengalami nasib sama.

“Dulu pernah juga kena macam ini, memang duit gaji bulanan habis pada kekasih, mujur cepat sedar yang dia hanya gunakan saya, sebab setiap kali tanya soal kahwin, mesti banyak alasan dia,” kongsi seorang pengguna.

“Lelaki kaki kikis dia berkawan dengan kita semata-mata duit, bukan cinta. Tolong tinggalkan lelaki macam itu,” tegur pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI