BAGAN SERAI – UMNO Bahagian Bagan Serai akan mengadakan kursus persediaan kepada semua pelajar cemerlang di sekolah seluruh Parlimen Bagan Serai untuk mempersiapkan mereka menghadapi Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tahun ini.
Ketua Bahagian Umno Bagan Serai, Datuk Sham Mat Sahat, berkata, kursus itu diwujudkan semula selepas kekangan politik yang menyekat mereka daripada meneruskan program sedemikian, sebelum ini.
“Kita akan panggil pakar-pakar motivasi untuk hadir membimbing kesemua para pelajar yang dipilih bagi mengikuti kursus yang disediakan sebagai persiapan,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2022 Sekolah Parlimen Bagan Serai di Dewan Komuniti Bagan Serai, di sini semalam.
Seramai 170 orang pelajar cemerlang telah hadir di dalam Majlis anjuran Umno Bahagian Bagan Serai itu.
Menurut Sham, beliau akan meminta senarai nama pelajar-pelajar tingkatan 5 yang cemerlang dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian di seluruh Parlimen Bagan Serai untuk dihantar mengikuti kursus yang disediakan,” katanya.