PETALING JAYA – Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadikan pilihan pengeluaran secara berkala atau bulanan kepada pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun kepada mandatori bagi ahli baharu pada masa depan dianggap langkah terbaik bagi melindungi wang simpanan daripada ‘dibolot’ para scammer. Pakar Ekonomi dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr. Anuar Shah Bali Mohamed berkata, pengeluaran secara berkala atau bulanan itu memberi peluang kepada pencarum menguruskan wang persaraan dengan lebih baik selain mengurangkan……














