fbpx

440 anggota polis dibuang kerja sejak 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah mengenakan hukuman buang kerja terhadap 440 anggota polis sejak tahun 2020 hingga Mei tahun ini.

Pengarah JIPS, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, pada tahun 2020 sebanyak 857 tindakan amaran dikeluarkan, denda (304), lucut hak emolumen (159), tangguh pergerakan gaji (47), turun gaji (10) dan turun pangkat (28) serta buang kerja (135).

Tambah beliau, pada tahun 2021 pula, sebanyak 913 tindakan amaran dikeluarkan, denda (316), lucut hak emolumen (150), tangguh pergerakan gaji (34), turun gaji (16), turun pangkat (25) dan buang kerja (117).

“Selain itu, pada tahun 2022 sebanyak 891 tindakan amaran dikeluarkan, denda (232), lucut hak emolumen (119), tangguh pergerakan gaji (38), turun gaji (17), turun pangkat (15) dan buang kerja (154).

“Bagi tahun ini sehingga Mei dicatatkan sebanyak 309 tindakan amaran dikeluarkan, denda (88), lucut hak emolumen (51), tangguh pergerakan gaji (8), turun gaji (3), turun pangkat (3) dan buang kerja (34),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, keseluruhan jumlah pegawai kanan dan pegawai rendah polis dikenakan tindakan tatatertib adalah sebanyak 5,073 dalam tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI