fbpx

[VIDEO] Letak kon atas kereta sebab halang laluan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang tular di aplikasi TikTok.

SEREMBAN – Pihak polis mengesahkan menerima satu video tular di Tik Tok yang mendakwa mereka tidak mengambil tindakan terhadap mangsa khianat merosakkan sebuah kereta pacuan empat roda di belakang sebuah pusat membeli belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Superitendan Arifai Tarawe berkata, semakan mendapati laporan polis telah dibuat pada pukul 5.03 petang kelmarin oleh mangsa.

“Hasil penelitian rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kenderaan Ford Ranger telah diletakkan menghalang laluan memunggah barang ke premis tersebut.

“Ini menyebabkan pemandu sebuah lori telah meletakkan kon di atas bonet kereta berkenaan,” katanya kepada di sini hari ini.

Arifai berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, sehubungan itu sesiapa yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Amizul Azman di talian 012-7985908 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 06-6033222 bagi membantu siasatan.

Terdahulu tular di media sosial Tik Tok apabila pemilik akaun @abang_mat2023 mendakwa selepas makan bersama isterinya dia melihat bahagian atas bonet keretanya diletakkan kon sehingga calar seolah-olah ada pihak cuba untuk sabotaj.

Dakwa lelaki itu laporan polis sudah dibuat tetapi tiada tindakan daripada pihak berkuasa.

Malah menurutnya dalam Tik Tok, sebelum parkir kereta dia sudah memastikan tempat itu tiada kon dan boleh diletakkan di situ.-KOSMO! ONLINE

@abang_mat2023 kerana nila setitik rosak susu sebelanga,rosak integriti pasukan polis. #pdrm #bukitaman ♬ bunyi asal – Abang Mat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI