fbpx

Tiada unsur jenayah pada mayat dalam parit Teluk Benut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menutup mayat mangsa yang ditemui dalam parit besar di Teluk Benut, Kuala Langat, Selangor pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Tiada unsur jenayah dikesan pada mayat lelaki yang ditemui tertiarap di dalam parit besar berhampiran Dewan Persatuan Penduduk Teluk Bunut, Banting di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd . Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 41 tahun itu merupakan anak sulung daripada empat beradik itu masih bujang dan tidak bekerja.

Katanya, mangsa juga mempunyai sejarah pelbagai penyakit seperti jantung, gastrik, darah tinggi dan strok separuh badan selain masih menerima rawatan di Hospital Banting.

“Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap dan lengkap berpakaian selain tiada dokumen pengenalan diri dijumpai pada mangsa.

“Pemeriksaan polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian turut menemui sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna putih dipercayai milik mangsa yang ditinggalkan dalam keadaan tidak berkunci.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap pada parit besar berkedalaman hampir satu meter berhampiran Dewan Persatuan Penduduk Teluk Bunut, Banting di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI