fbpx

Isnin 3 Julai, hari terpanas dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memakai pakaian yang menutupi keseluruhan badan dan wajahnya ketika menunggang motosikal di sebatang jalan di Handan, China, 27 Jun lalu. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Suhu purata dunia mencapai paras tertinggi kelmarin (Isnin) apabila mencecah 17 darjah Celsius buat pertama kali, lapor Badan Penyiaran British (BBC).

Penyelidik-penyelidik Amerika Syarikat (AS) berkata, suhu itu adalah yang tertinggi yang pernah dicatatkan dalam mana-mana rekod sejak akhir abad ke-19.

Para saintis di Pusat Ramalan Alam Sekitar Kebangsaan AS berkata, suhu purata dunia telah mencapai 17.01 darjah Celsius kelmarin sekali gus memecahkan rekod sebelumnya iaitu 16.92 darjah Celsius pada Ogos 2016.

“Kini, fasa El Nino yang lebih panas telah bermula. Kami meramalkan lebih banyak rekod suhu harian tertinggi akan dicatatkan, selain rekod bulanan dan tahunan akan mencecah paras baharu dalam tempoh 1.5 tahun akan datang,” kata seorang penyelidik iklim, Leon Simons.

Para saintis percaya gabungan peristiwa cuaca semula jadi yang dikenali sebagai El Nino dan pelepasan karbon dioksida yang berterusan mendorong peningkatan tersebut.

Pada minggu ini, China terus mengalami gelombang haba dengan suhu di beberapa tempat melebihi 35 darjah Celsius, manakala selatan AS juga terdedah kepada suhu yang panas.

Dalam masa sama, Afrika Utara menyaksikan suhu mencecah hampir 50 darjah Celsius. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI