fbpx

Saya tak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri – Abdul Kadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri dan Abdul Kadir.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, menyerahkan kepada peguamnya berhubung dakwaan Datuk Seri Aliff Syukri bahawa beliau mempunyai hutang bernilai puluhan juta.

Ia berikutan, bekas Ahli Parlimen Kulim itu dilaporkan enggan meletakkan kedudukannya serendah ahli perniagaan terbabit.

“Saya tak nak turunkan diri ke tahap Aliff Syukri. Sekarang peguam saya sedang uruskan perkara itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, usahawan sensasi, Aliff Syukri menuntut seorang bekas menteri bergelar Tan Sri untuk menjelaskan hutang bernilai puluhan juta kepadanya.

Tuntutan secara terbuka itu dibuat berikutan usaha beliau menghubungi bekas menteri terbabit bagi mendapatkan maklum balas gagal sehingga hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI