fbpx

PRN: Sanusi anggap PH, BN berangan raih semula 10 peratus undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi menyaksikan penyerahan pokok bakau sebagai simbolik The Hereafter Project daripada Pengurus Besar The Ritz Carlton Langkawi, Ellen F. kepada Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah LADA, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin di Langkawi, semalam.

LANGKAWI – Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menyatakan bukan mudah untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) meraih semula 10 peratus undi yang ‘lari’ kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Kata beliau, keadaan itu sukar dalam konteks Kedah, terutama membabitkan pengundi Melayu.

“‘Swing’ 10 peratus (undi) sukar dalam politik. Kalau khusus dalam konteks Kedahlah, nak swing pengundi Melayu ini susah. Tak apalah, teruskan berangan-angan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar Kedah Sempena Penilaian Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) di sini semalam.

Kosmo! kelmarin melaporkan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar percaya PH dan BN mampu menubuhkan kerajaan negeri sekiranya 10 peratus undi kembali kepada dua gabungan parti itu pada PRN ini.

Kata Mahfuz, undi-undi yang lari daripada PH dan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) adalah kira-kira enam hingga tujuh peratus sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI