fbpx

PRN: Pemuda UMNO harap tampilkan 30 peratus calon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal (berdiri) beramah mesra dengan penduduk setempat pada program Sarapan Pagi bersama Penduduk Setempat di Kampung Panchor, Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Pemuda UMNO menaruh harapan untuk menampilkan sekurang-kurangnya 30 peratus calon daripada sayap parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri nanti.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, walau bagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) menjelang PRN tidak lama lagi.

“Kita sasar sekurang-kurangnya 30 peratus daripada calon yang dikemukakan UMNO nanti adalah calon muda daripada Pemuda.

“Sudah tentu sasaran ini kena realistik, kena tengok sebab dan oleh sebab itu kita buat tinjauan ke enam negeri ini termasuk hari ini di Kedah,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Sarapan Pagi bersama Penduduk Setempat di Kampung Panchor, Pokok Sena, dekat sini hari ini.

Kata beliau, tinjauan tersebut perlu dilakukan bagi mengenal pasti sentimen rakyat.

“Calon muda tetapi yang penting calon yang boleh menang. Kita kena ikut pemimpin itu bagaimana di sisi rakyat, kalau kita tengok kawasan itu mereka memerlukan pemimpin muda dan berketerampilan maka di situ kita akan bagi pemimpin muda,” ujarnya.

Menurutnya, Pemuda UMNO beranggapan bahawa kepimpinan UMNO ketika ini berfikiran terbuka termasuk daripada segi penerimaan calon muka baharu dan muda daripada sayap parti itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI